Posted by : Farid Casablancas Mac 04, 2011


DUNIA akan berhenti berputar 15 Mac ini. Itu yang dibimbangi ramai. Orang yang menghentikan putaran itu, Mark Zuckerberg. Dia juga yang memutarkannya beberapa tahun lalu sehingga putaran itu yang dikenali sebagai Facebook - menjadi sangat penting bagi berjuta manusia.
      Jawablah secara jujur, apa yang anda rasa jika dalam beberapa hari anda tidak dapat buka Facebook, membuat catatan atau melihat catatan orang lain, lebih-lebih lagi yang memberi komen mengenai sesuatu yang anda sendiri lontarkan ke dinding (wall). Hidup terasa sunyi, bahkan sangat sunyi.
      Sebab itu, meskipun agak keterlaluan namun hakikatnya ramai yang terasa dunia seakan henti berputar jika Facebook tiba-tiba dinyahkan daripada rutin kehidupan. Lihat saja gegak gempita dunia maya apabila tersebar kenyataan bahawa Mark Zuckerberg akan menutup Facebook bermula 15 Mac ini.
      Facebook bukan sekadar fenomena, bukan juga ketagihan tetapi sudah menjadi keperluan bagi berjuta malah mungkin berbilion manusia.
      Dikatakan alasan yang kononnya daripada Zuckerberg: 'Facebook sudah hilang kawalan', sebab itu terpaksa dihentikan bersebab kegilaan manusia atas sesuatu yang dia sendiri cetuskan dan sudah memberikannya pulangan maha lumayan.
      Apa punya gila Zuckerberg bikin 'gempak' yang seperti ini ?
      Gila kerana dia yang membuatkan ramai orang tergila-gila pada ciptaannya dan tiba-tiba, dia sendiri yang menghentikan. Juga gila kerana Facebook yang menjadikan dia antara manusia terkaya di dunia dalam usia yang sangat muda, tapi akhirnya dia sendiri yang menolak wang berjuta-juta daripada terus melompat masuk ke dalam koceknya. Itu pun jika benar dia mahu menghentikan terus operasi Facebook sebagaimana 'kenyataannya' yang sudah tersebar luas ke seluruh dunia.
      Memang benar, Facebook sudah jadi seperti layang-layang yang putus tali. Berapa banyak orang bercerai di seluruh dunia kerana curang melalui Facebook, dan berapa banyak pula yang jalin asmara, juga melalui Facebook.
      Saya pernah hantar satu pandangan ke dinding, kalaulah Zuckerberg seorang yang beriman, saya percaya dia akan masuk syurga kerana telah mempertemukan semula ramai orang di seluruh dunia yang sudah terputus hubungan sekian lama.
      Saya sendiri, dalam usia 21 tahun - baru saja dipertemukan semula oleh Zuckerberg dengan berbelas rakan yang sudah terpisah sejak tamat sekolah rendah. Tapi kata saya, Zuckerberg mungkin akan masuk neraka kerana melalui ciptaanya itu juga, berapa banyak pula rumah tangga yang runtuh dek asmara melalui Facebook.
      Apa pun, sesuatu yang paling besar dilakukan Zuckerberg yang dia sendiri mungkin tak pernah duga akan berlaku adalah peranan Facebook meruntuhkan rejim diktator yang sudah bermaharajalela menindas rakyat selama puluhan tahun.
      Di Mesir, Tunisia, Libya dan mungkin juga akan turut menjadi kenyataan di Yemen dan Bahrain, rejim yang selama berdekad memerintah dengan selesa, tiba-tiba berkocak tanpa dapat dikesan siapa kepala yang mengocaknya.
      Wael Ghonim menolak daripada status hero pemusnah rejim Mubarak. Ini kerana dia bukan ahli politik, cuma seorang eksekutif IT yang menyebar seruan kebangkitan kepada seluruh rakyat Mesir untuk menumbangkan Mubarak melalui Facebook. Akhirnya pemerintah yang pernah dilabel sebagai Firaun Terakhir, tumbang.
      Apakah ini yang dimaksudkan Zuckerberg, operasi Facebook sudah tidak dapat dikawal ? Tidak terkawal tetapi sudah ada jasa yang sangat besar kepada dunia. Facebook hanya seperti pisau, terlalu banyak jasa, tetapi boleh juga diguna untuk membunuh !

{ 3 Orang Doakan Farid Kaya... read them below or Comment }

  1. Blogberry Emry said : jadi apakah facebook baik atau buruk menurut anda?

    BalasPadam
  2. kerana saya sudah lama bermain facebook, saya rasakan facebook semakin buruk untuk saya.

    BalasPadam

Welcome to My Blog

Instagram

Instagram

Followers

YouTube Channels



- Copyright © Farid Casablancas -