Posted by : Farid Casablancas Mac 15, 2011



KAEDAH MEMOTONG KUKU KAKI & TANGAN

Kaedah pertama

1. Jari telunjuk kanan
2. Jari tengah kanan
3. Jari manis kanan
4. Jari kelingking kanan
5. Jari kelingking kiri
6. Jari manis kiri
7. Jari tengah kiri
8. Jari telunjuk kiri
9. Ibu jari kiri
10. Ibu jari kanan


Kaedah kedua

1. Jari kelingking kanan
2. Jari tengah kanan
3. Ibu jari kanan
4. ...Jari telunjuk kanan
5. Jari manis kanan
6. Ibu jari kiri
7. Jari tengah kanan
8. Jari kelingking kiri
9. Jari telunjuk kiri
10. Jari manis kiri

HARI MEMOTONG KUKU

SABTU: Keluar ubat masuk penyakit
AHAD: Keluar kekayaan masuk kepapaan
ISNINKeluar penyakit gila masuk kesihatan
SELASA: Keluar rahmat masuk penyakit
RABU: Keluar rasa was-was masuk kepapaan
KHAMISKeluar gila masuk penawar dan ubat
JUMAATKeluar segala dosa dan mendapat nikmat Allah

Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang panduan pemotongan kuku yang dituntut dalam Islam. Sebenarnya kita tidak boleh sebarangan memotong kuku pada bila-bila masa. Kerana apa? Lihatlah maklumat yang telah saya beri. Walaupun perkara ini kita lihat sebagai benda yang remeh tetapi sebenarnya penting bagi menjaga kesihatan diri dan kemaslahatan bersama.

Kepada sesiapa yang suka menyimpan kuku panjang terutama JARI KELINGKINGtolonglah potong walaupun( senang nak korek hidung atau telinga ke ape). Tak ade faedahnya langsung kalau menyimpan kuku panjang ni. Ni dapatlah pulak kuku yang panjang dan kotor, akibatnya..banyak bakteria/kuman yang tumbuh kat celah-celah kuku. Kuku yang bersih juga menjamin kesihatan kita juga sebab sebelum kita makan pun kena guna jari n of course la makanan tu akan kena pada kuku kita. Kalau kuku kita tu kotor, bakteria akan masuk bersama dengan makanan yang kita makan itu ke dalam tubuh badan kita..Oleh yang demikian, kita akan mudah dijangkiti penyakit kerana salah satu faktornya ialah kuku kita..

Cuba lihat kuku masing-masing?? Apa yang akan anda fikirkan kalau kuku anda dipotong pendek?? Pada pendapat saya, mestilah nampak bersih, rapi dan kemas..Kalau yang berkuku panjang pula, mesti anda akan rasa tidak selesa kerana banyak habuk atau kotoran yang hinggap di celah-celah kuku..Oleh itu, pilihlah mana satu yang menjadi pilihan anda, berfikirlah secara logik. Jangan tunggu masa yang lama untuk memotong kuku anda. Hari yang digalakkan memotong kuku adalah pada hari isnin, khamis dan jumaat sahaja..renung-renungkanlah dan selamat beramal..wallahualam..

{ 2 Orang Doakan Farid Kaya... read them below or Comment }

Welcome to My Blog

Instagram

Instagram

Followers

YouTube Channels



- Copyright © Farid Casablancas -